CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 01 Januari 2008

setting connection ke internet

dari : http://www.smknarinang.edu.my/karya-guru/shukri/internet/internet1-1.htm

Setting untuk connection dail up internet: tmnet atau jaring Sebelum anda dapat melakukan sambungan ke internet, anda perlu membuat setting sambungan menggunakan mana-mana Internet Service Provider (ISP). Biasanya ISP yang akan digunakan adalah Tmnet atau Jaring. Artikel ini akan menunjukkan connection untuk ISP Tmnet dan Jaring dan menggunakan peluncur (browser) Internet Explorer. Jika anda menggunakan peluncur internet jenis lain, langkah yang sama juga boleh diikuti. Langkah-langkah untuk melakukan sambungan tersebut adalah seperti di bawah. 1. Klik sebelah kanan pada ikon Internet Explorer dan apabila popup ditunjukkan klik "Internet Properties" seperti yang ditunjukkan pada imej di bawah.
2. Menu seperti di bawah akan ditunjukkan. Klik slider bertanda "Connection".
3. Menu seperti di bawah akan ditunjukkan. Klik butang "Add".
4. Sebuah popup baru seperti di bawah akan ditunjukkan. Pilih "Dialup to private network". Kemudian tekan butang "Next".
5. Sekarang masukkan nombor talipon untuk tmnet atau jaring. Taipkan 1515 untuk tmnet atau 1511 untuk jaring. Klik butang "Next".
6. Taipkan nama untuk connection ini. Contohnya berikan nama tmnet atau jaring mengikut connection yang anda kehendaki. Klik butang "Finish".
7. Apabila popup seperti bawah ditunjukkan, klik butang "OK". Anda tidak perlu menaip apa-apa untuk bahagian ini.
8. Menu yang dipaparkan sebelum ini akan ditunjukkan kembali. Perhatikan bahawa ikon sambungan yang anda telah buat sekejap tadi akan ditunjukkan kepada anda.

0 cOmmeNt: